Sila Klik Disini

Thursday 13 June 2013

SAHABAT

Semalam takde mood sangat nak menaip.. hari ni pon mood tetap kelaut.. sebab saya rindu kamu !!! rindu mahu peluk kamu. makan dengan kamu. gelak ketawa dengan kamu. masak dengan kamu. tengok tv dengan kamu. menangis dengan kamu. kerja dengan kamu. tido dengan kamu.. semuanya la dengan kamu.. kamu tidak merindui ku kah?? 

Seronok kan bangun tido ade orang kejutkan walaupon hanya dengan pangilan SHUHADA.. DH PUKUL BRAPA. suara yang menyeramkan.. hehheehhe.. tapi saya telah merinduinya.. seronoknya kalau bila balik kerja petik kacang botol depan rumah.. masak nasi.. tumbuk lada dengan ikan bilis.. goreng telur dadar.. makan dengan kicap.. sambil menangis-nangis kepedasan. kemudian bibir menjadi jabir.. hahahahha.. sedap je kan makan sampai tambah-tambah..

Meriah je bilik kecil itu walaupun takde tv lagi.. duduk 2 orang macam 10 orang suara ketawa.. tapi pukul 9 malam dah senyap..lelap dah.. macam membajak sawah je penatnya.. tapi bila dah ade tv macam taknak lelap pulak mata ni ye. layan akademi fantasia.. layan bola sambil jerit kat bantal sebab takut kuat sangat.. layan kardashian.. layan asian food chanel.. dari tv besar gabak.. pastu kecik gile.. last yang sedang-sedang saje.. kesian pak man bawakkan tv tu kan..

Bulan ni dah start candat sotong.. dulu hari-hari makan sotong pon takpe kan.. berebut cari telur.. dapnye. sotong masak lemak.. masak kunyit pedas-pedas. nasi goreng sutun.. sotong tepung. tom yam sotong ade ke?? bubur sotong penah ke? yang best sotong celup tepung tanjung lumpur. tapi kat aziz sata pon ok gak kan.. sotong yang mok gee masak pon sedap kan.. untung aku dapat kawan yang nafsu makan nya serupa.. pedas sampai nangis. sakit perut belakang kira.. pastu gelakkan masing-masing sebab cedera bontot..hahahaha..

Kenapa masak bubur kat sini tak sama macam masak dengan kamu..adakah air tangan yang berbeza.. atau tiada campuran air liur yang terhasil dari gelak dan bercakap je.. atau adakah memasak dengan penuh kasih sayang kita tiada disini.. ataupun salah ramuan dan cara memasak?? sangat rindukan feeling memakan bubur disaat kelaparan balik dari kerja.. pagi sebelum gi kerja panaskan kemudian membawa ke opis..ohhh bubur ayam campur cendawan yang sangat pedas akibat dari cili padi yang banyak serta lada hitam.. pedas-pedas sedap..marvelous..


[Najwa Latif]
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau
[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku

Di hari yang indah ini aku amat merindui kehadiran mu dear.. rasa ingin kembali semula ke tahun-tahun bila kita bersama.. kenangan yang takkan penah pudar sehingga ke akhir hayat.. ku harap kamu jua begitu.. hanya maut yang memisahkan kita.. terima kasih untuk setiap kata-kata semangat.. nasihat.. terima kasih untuk semua kegembiraan dan kebahagian.. terima kasih untuk segalanya yank.. terlebih terkurang harap dihalalkan.. tak sabar nak tunggu hari bahagiamu.. sebab akula orang yang balik gembira kerana akan ada orang yang akan menjaga mu.. aku tak risau dah kat sini..

Thanks for everything dear..

This roses pictures for you.. we will go to cameron together again for this roses.. i want to give you.. i want to see your sweetness smile.. MISS all the moment with u..


pic google dlu ehhh.. sampai cameron  tido dengan rose..mandi bathtub with kelopak rose.. perasaan kaya.. hheheheh.

Thursday 6 June 2013

MARILAH MARI KITA MENYANYI

BUKAN BELAS BUKAN SIMPATI
Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang
Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rimbun
Bawah bayangmu aku menumpang
Menangis ku sendiri ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu

Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati
Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa

KU KE UDARA LAGI
Di kamar yang kedinginan
Ku lontarkan sumbangan
Suara kemanusiaan
Mengisi rentak-rentak kehidupan
Kau yang ada di sana
Berlari tak hentinya
Dengan caramu sendiri
Tetapi masih ada kaitannya
Ku ke udara lagi
Bersama mu kembali
Dengan rangakaian lagu-lagu
Juga pesanan
Ku sebagai penghibur
Engkau mendengar di sana
Kita saling mengharapkan
Di dalam hidup ini...

Sebenarnya entry ni dah siap semalam lagi.. tapi kepala aku dah senoneng dengan selsema...hidung panas...mata berair..badan melayang-layang .. suara manje ala2 tak keluar.. jadi aku lupe nak tekan publish... hahahahaha ... dah jom menyanyi


Monday 3 June 2013

KAWAN, TEMAN SEJATI/BFF part 2

"Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka."

Rasa macam nak sambung cerita episod lepas. sejak bila aku pandai nak buat cerita berepisod ni.. eley memang dari dulu kan aku ni kuat berangan.. orang yang kuat berangan ni imaginasi diorang adalah sangat tinggi.. aku suka cakap sensorang dalam hati... bercerita dengan diri sendir dan kalau aku ade problem yang sepatutnya aku share dengan seseorang... aku boleh je berangankan orang tu depan mata.. konon-konon macam tengah cakap dengan orang tu la.. tapi nama pon berangan kan..aku taanya aku jugakla yang jawap bg pihak orang tu...kahkahkah.. and one more kalau aku kena marah dengan mak bapak aku ker, cikgu ker, bos ker .. lepas kejadian tu aku masuk bilik air...mula la berangan konon menjawap ape yang diorang marah aku...kira macam explaination la.. padahal keras hati aku ni.. tetap taknak mengaku salah.. takpela janji hati aku tak sakit..sebab lepas je aku settle berangan terus aku lupe dan boleh melakukan kerja semula.. kalau tak mood aku kelaut la jawapnye... kalau mood yang karang karangan tu sampai..hahaha sedap la melalut2 cerita.. tapi kalau dah tepu memang tak boleh buat ape la.. macam minggu ni aku rasa nak melalut banyak.. penuhla entry kan.. xpela aku jugak yang balik-balik bukak bace sendiri..

Ok sambung cerita masa aku kat SMKS.. mula-mula daftar tingkatan 4 aku duduk dengan sape ek?? ala lupe arr. zila kot. tapi dia pindah masuk sekolah teknik.. then aku duk la sorang2 tapi aku suke je...besar la sikit space untuk aku kan.. then tak berapa bulan ade sorang budak dari Palong timur masuk.. ayah dia kerja dengan felda then kena transfer kat sini.. sebab sebelah aku je yang tinggal kosong maka dia memang kena duduk situ la..mula-mula budak ni nampak macam sombong sikit.. ke aku yang sombong?? aku kot.. sebab lepas tu dia peramah je.. peramah dengan semua orang.. aku macam rapat jugaklah dengan dia sebab aal petang je aku gi lepak umah dia..borak2 sampai dh ak maghrib.. dan yang bestnye dia ni suke masak.. puji sikit mesti esoknya aku dapat habuan.. dia punya kuih cara berlauk memang marvelous.. mak dia memang pandai masak la..sebab tu aku suke je lepak umah dia..macam2 makanan dia akn bagi aku rasa...siap paksa suh makan kt umah dia..asal buat kerja kumpulan mesti gi umah dia punya.. best wooo!! mesti balik kenyang punya.. walaupon aku rapat dengan dia tapi aku ade gak rapat dengan member aku masa sekolah rendah dulu.. entahla macam mana aku boleh lepak sekali dengan diorang sebab kalau kat sekolah memang kitorang tak berjumpa la kecuali isnin masa perhimpunan.. tapi kat luar hampir setiap petang.. kalau aku tak pergi rumah izan aku lepak umah ina.. dua-dua mempunyai kelebihan yang sama.. balik mesti aku akan kenyang.. kalau mood aku rasa macam nak jadi budak baik aku lepak dengan izan.. kalau mood nak jadi nakal lepak dengan ina.. nakal tu lebih banyak la kot..hahhhahahaha.. tapi semua perbuatan jahat aku makbapak aku takkan tahu.. kalau tak abis ala aku kena kurung.. aku pon pandai2 ejas jangan sampai buat makbapak aku marah.. dengan ina memang aku culture shock abis..yela budak sekolah agama tetiba masuk geng nakal tahap dewa.. lepak dengan lelaki2.. tapi semua pakwe2 geng ina la..aku jadi budak baik ckit.. ade satu tu pakwe ina hensem la jugak rupe-rupenye sedara aku..hahahaa.. memang gelak besar sebab aku penah menyamar jadi ina dalam telefon...suara i kan lemak merdu kalau dalam henfon..memang semua lelaki akan cair arrr..kahkahkah.. sekali sedara plak.. aku yang segan sebab last kantoi aku yang cakap dengan dia...memang tu jela aku jumpe.. mak bapak ina memang percaya kat aku..asal ina cakap nak keluar dengan aku je senang mak dia bagi.. yelah muka aku mase tu blur dan baik lagi.. aku suke lepak dengan dia sebab aku nak tau ape beza budak kelas atas dn bawah.. maksudnye pandangan orang yelah sebelum ni kan aku duk kelas terakhir.. so now aku dapat jawapannya.. ape perasaan kau bila duduk kat kelas pandai dan ape pandangan budak2 pandai ni pada kawan-kawan diorang yang kelas ujung-ujung macam aku dulu.. rasa sedih gak sebab kita semua kan sama.. tak semestinya tak pandai akademik kau akan terus tak pandai selamanya.. rezeki ada dia mana-mana.. yang penting kau rajin..setiap manusia ade kekurangan tetapi Allah beri kelebihan yang lain untuk kita terus bersyukur.. sekarang bila dah berusia 27 tahun aku dah nampak semua tu.. cantik aturan Allah kepada hamba-hambanya.. tapi aku rasa kenakalan aku mase tu tak payahlah cerita banyak sangat.. biarla aku lupekan terus.. sebab rasa macam oiii kenapa la aku ni degil sangat..


Sebelum nak SPM aku stop kejap buat hal.. aku banyak abiskan masa dengan izan study.. takut dok kantoi kang wat malu je.. tapi result aku kira okla kot untuk budak nakal dan malas gi sekolah.. bulan puasa mase form 4 lagila berapa kerat je aku datang.. tapi kan aku macam pelik kenapa aku tak dapat surat warning?? seminggu sekali je gi sekolah.. dah ujung2 tu terus tak pegi.. baik aku tolong mak aku kat umah lagi best.. dapat upah.. raya banyak duit.. sekolah tak best.. gila kan aku mase tu..nasib baik mase form 5 bulan puasa aku exam..kalau tak memang muka aku jela yang kena panggil masa perhimpunan..tapi ade hikmah aku rapat dengan izan...sebab dia rajin study..rajin mengemas..sumela dia rajin..aku je malas..aku belajar beberapa perkara dengan dia..kalau takde dia mesti result SPM aku lagi hampeh..hampas..Thanks Izan.. Ni aku nak bagitau kau kenapa masa kau nikah kat masjid aku tak datang.. sebenarnya aku sedih sebab aku akan hilang sorang lagi kawan..rasa macam tak sanggup nak tengok tapi dalam hati dikejauhan aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati.. lagipon aku memang bermasalah untuk berada di kawasan yang ramai orang seperti majlis kenduri kawin..kenduri doa selamat dan sebagainya.. badan aku ni kan besar susah nak duduk bersimpuh lama-lama.. kalau jalan kat tempat sempit ramai orang abis semua aku langgar kang.. tak pasal-pasal nanti abis hantaran kau aku terlanggar.. tu yang aku tak suka gi majlis-majlis ni.  Terima Kasih sebab jaga aku selama kita berkawan.. halalkan makan minum aku kat umah kau tu ehh!! lepas dia kawin aku ade jugak jumpe dia lagi dan aku sempat gak tido rumah dia..makan-makan lagi rumah dia.. now aku rasa dah dekat 5 tahun kot tak jumpe.. Izan aku rindu nak makan kau masak..sedapnye!!!

Adoi penatnye nak taip..kering idea jap..lagipon senak dah kepala ni..rasa macam nak demam.. nak muntah.. dah lama aku tak batuk demam selsema ni.. aahhhh malasnyer nak keje.. semalam aku pergi kenduri kawin im & botak..penat sebab jalan jammed..so sebelum otak aku jammed baik aku sambung keje..banyak ni keje...