Sila Klik Disini

Tuesday 4 March 2014

HARI INI DAN SEMALAM

Semalam aku ketawa
Semalam aku tersengih-sengih
Semalam aku terawang-awangan

Hari ini aku menangis
Hari ini tiada senyum ku ukir
Hari ini aku dalam realiti

Kenapa realiti selalu sakit
Kenapa fantasi itu indah

Terhina
Kecewa
Sakit hati
Macam biasa saja bunyi tu dalam gegendang telinga

Wahai Hati
Kau sakit ke??
Kau terluka ke??
Kau hancur ke??

Salah siapa semua ini??
Diri sendiri??
Kawan sekeliling??
Teman seperjuangan??
Orang tersayang??
Atau orang asing??

Kadang diri sendiri salah buat perhitungan
Kadang kawan sekeliling tak mengambil tahu
Kadang teman seperjuangan terlupa kita

Tapi!!

Kadang orang asing sangat baik
Kadang orang asing mengambil berat
Kadang orang asing memberi sedikit kegembiraan

Kadang orang asing menyakitkan
Menghina
Menghukum
Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang
Hanya kerana aku orang asing bagi dia
Umpama tiada perasaan
Tiada angan-angan
Tiada impian

Akan ada ke kebahagiaan untuk aku
Akan tiba ke saat itu

Atau ini karma
Hadapi dengan senyuman
Kerana ini jalan yang kau pilih dulu
Memang manusia selalu melakukan kesilapan

Patutlah kenapa ramai perompak
Patutlah kenapa ramai penagih
Mengulangi kesilapan semula

Mereka tak diberi peluang
Merasai kasih sayang

Susah rupanya nak dapat kasih sayang itu
Manusia sesama sendiri membenci
Entah apa yang dicemburu
Mudah sungguh mengeji menghina

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENGAMPUN


AYAM GORENG BERKEJU & AYAM PERCIK ALA LALALALLA

Oiittt lamenye simpan entry ni..tak abis-abis lagi nak taip..apehal la pemalas sangat ko ni shuhada.. 

Ayam goreng berkeju ni dah lame aku buat dulu..gara-gara tengok cerita kat astro dia pegi jalan kat china ke vietnam ..lupe..terus rase macam meleley air liur tengok ayam goreng ni.. shuhada dan ayam memang tak dapat dipisahkan ibarat isi dan kuku...laila dan majnun... ape ko merepek ni hah!! ok sambung bahan-bahan untuk ayam goreng berkeju :

Peha ayam dibuang tulang
Keju Chesdale
Telur
Tepung Goreng Ayam Bestari Hot&Spicy
Oat

Very the easy kan... memula peha ayam tu buang tulangnye.. hanya yang expert je..hahahha klu mls beli je yg dh siap buang tulang or guna chicken breast..sumbatkan keju ikut sedap tekak anda.. celup kat tepung goreng tu.. then celup kat dalam telur pulak.. lepas celup kat oat... kalau nak guna breadcrumb pon ok je.. aku guna oat sebab dalam peti tu ade sebungkus besar.. en abah beli bukan nak makan... pastu rehatkan jap sambil panaskan minyak untuk deep fry... goreng sampai masak.. angkat mase panas-pnas tu tabur pulak cheddar cheese lagi...pehhh memang meletops!!! 

Next Ayam Percik Ala Lalalallala. hahhahaha entah ape2 je name.. ok bahan-bahan nya :

Ayam yang dipotong 16
Santan sekotak
Bawang besar
Bawang putih
Lada kering
Halia
Kunyit
Serai
Ketumbar
Jintan Manis
Lada hitam
Gula Nesan (mcm gula melaka tu)
Garam 
Madu

Ok untuk bahan-bahan yang kena blend bawang besar, putih, lada kering, halia, kunyit, serai, ketumbar & jintan.. ayam lepas basuh.. perap jap dengan garam, madu, lada hitam. Panas kuali masuk terus bahan yang blend.. masuk santan.. masuk serai ketuk.. garam.. biar sampai pecah minyak pada santan tu .. then baru masukkan gula nesan dan ayam yang telah diperap.. masak dalam 15 minit atau separuh masak ayam tu.. then keluarkan ayam masuk kat tempat pembakar.. bakar jangan sampai ireng atau hitam..agak2 la kan..masak lagi kuah tadi sampai pekat... bila ayam dah cantik masak tuang kuah kat dia..pehhh meleley air liur ni ingat balik...

ok tu je..perut aku dah bergelodak abis..lapo beb!!!