Sila Klik Disini

Monday 21 July 2014

#RESIPI RAMADAN : DAY 3 [DAGING MASAK KARI, TOM YAM, KUBIS GORENG]

Ok the next daynya dah bekerja.. Ya Rabbi mengantuk yang teramat sangat la pagi tu.. biasa masuk kerja pukul 8.30 tapi bulan puasa ni tukar 8.00 am to 4.00 pm.. aiyooyoo.. kebetulan hari tu pezal & topik masuk lambat..wahhh nikmat aku lelap setengah jam..pehhh.. ok sambung resipi..

RESIPI DAGING MASAK KARI

Bahan-bahan :
1 kilo daging yang telah direbus empuk
Dikisar :
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inchi halia
20 tangkai cili kering

2 keping asam gelugoq
5 sudu serbuk kari adabi  !! melazatkan adabi menyelerakan..
1 biji kelapa (santan)
Garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air, kemudian masukkan kedalam kuali.
3. Masukkan asam gelugor dan daging. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan santan & garam secukupnya.

RESIPI TOM YAM

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji bawang besar dihiris
6 biji bawang putih ditumbuk
2 inchi halia ditumbuk
2 batang serai diketuk
30 biji cili kampung dikisar
2 biji tomato
1 batang saderi
5 sudu air limau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Kiub TomYam maggie (pes tomyam yang thailand tu dh abis so guna kiub je)

Cara-cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan serai.
2. Setelah naik bau masukkan bawang putih dan halia.
3. Tumis hingga garing dan masukkan air.
4. Masukkan cili kampung dan ayam setelah air mendidih.
5. Setelah nampak ayam macam dah masak masukkan tomato, saderi dan air limau.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

*bagi aku tom yam ni kena ada rasa masin masam, manis dan pedas yang seimbang...baru kaw !!!
  bagi yang suka masukkan sayur seperti carrot & kobis bunga silakan.. aku tak suke sebab sayur akan hilangkan rasa kaw tom yam tu.. tu bagi aku la... lain orang lain rasa kan !!!

RESIPI KOBIS GORENG

Aiyoo resipi macam pon ko boleh lupe ke nanti shuhada.. takpelah mana tau nanti anak-anak aku ke..anak-anak sedara ke nak belajo masak kan !!!

Bahan-bahan :
1 biji kobis yang telah dipotong
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
Segenggam Ikan bilis
1 sudu sos tiram
Garam Secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga sedikit garing
2. Masukkan kobis yang telah dipotong.
3. Perasakan dengan sos tiram dan garam.. sap sap soi!!!


#RESIPI RAMADAN : DAY 2 [SAMBAL IKAN KEMBUNG, UDANG MASAK BELACHAN, SAWI MASAK LEMAK]

Salam Ramadan !!! hari ni aku akan cuba untuk abiskan resepi sampai 5 ramadan.. tapi tengok jugak la kalau pc ni tak buat hal.. 2 ramadan ni aku tak keje sebab ahad forward cuti ke isnin.. wahhh bestnye bangun lambat lagi... hhhohooho.. so lets masak !!

RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:
Ikan kembung (en abah beli 7 ekor kot)
1 biji bawang besar dihiris
Bahan yang dikisar:
2 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
20 biji cili merah (ikut nak pedas mana)
20 biji cili kampung (i memamg gila pedas)
2 biji tomato
Belacan secoet
Serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan terlebih dahulu.
3. Gunakan kuali yang sama masukkan belacan secoet. Goreng hingga agak garing kemudian masukkan
    bahan yang dikisarkan tadi.
4. Pastikan bahan yang dikisar betul-betul garing dan kluar minyak. masukkan bawang besar yang dihiris
    tadi..Then masukkan garam dan gula sesedap perasaan anda.. baru masukkan ikan yang telah
    digoreng tadi.
5. Pehhh meleleh air liur.. siap !!!

RESIPI UDANG MASAK BELACAN

Bahan-bahan :
Udang yang dibuang kulit
Tepung gandum/ tepung jagung
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inchi halia dihiris
20 biji cili kampung dihiris
Belacan
Sos Tiram
Garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan tepung jagung. goreng hingga luaran garing.
2. kuali lain panaskan minyak goreng belacan hingga garing.. then masukkan bahan-bahan yang dihiris.
3. Setengah bahan tadi garing, masukkan udang yang telah digoreng.
4. Masuk sesudu sos tiram dan garam secukup rasa.

RESIPI MASAK LEMAK SAWI PUTIH

Bahan-bahan :
Sawi putih asingkan batang dan daun
1 biji bawang besar ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
segenggam ikan bilis ditumbuk
1 biji kelapa (santan)
Garam sesedap hati

Cara memasak :
1. Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk kemudian hidupkan api.
2. Setelah mendidih masukkan batang terlebih dahulu sehingga lembut kemudian masukkan daun sawi.
3. Tabur garam secukup rasa..
4. Simple gile nak masak !!!!

Ok settle day 2.. next !!!!

Friday 11 July 2014

#RESEPI RAMADAN : HARI PERTAMA [DAGING MASAK HALIA, SAMBAL IKAN BILIS, KENTANG BENING]

Aku rasa kena start dengan resepi ni dulu kot sebab pc iolss rosak.. ni duduk kat tempat my officer.. gambar belum transfer.. dan semua resipi ni takde picture.. tapi semalam aku ade ambik gambar..ok pasni kena rajin ok pegang henfon tu..

 so hari pertama puasa jatuh hari ahad and opis aku cuti sambung isnin.. whoooww bestnye cuti 2 hari.. ok kita mula dengan sahur.. pagi tu aku masak paling simple campak-campak sotong dalam tin je..5 minit dan siap.. almaklum bangun pon dah pukul 5 pagi kan!! checkitdot

RESIPI SOTONG DALAM TIN

Bahan-bahan :
1 tin sotong jenama rex
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Cili hidup (ikut suka byk mn)
1 biji tomato
garam secukupnya
black pepper

Cara memasak :
1. semua bahan-bahan dihiris. panaskan minyak dan tumis.
2. racik-racikkan sotong (sebab besar kan) asingkan kuah. sebab aku goreng dulu sotong tu garing sikit
    leas tu baru masukkan kuah.
3. tabur garam sikit je sebab dah masin kuah tu.. masuk blackpepper sikit . dah siap !!! khenn 5 minit je..

Tengahari tu aku dengan en abah sambil buat popia sambil tengok pelik tapi sedap kat tv1 tu.. nyummm en abah request nak daging masak dalam tu..adooiii siap nak beli periuk ikan tu ok!! ok aku belasah je la masak daging cara cik shuhada..hohohoo..patutnye daging piazza tapi jadi daging halia..hoooiiiooii

RESIPI DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahan :
Daging  lembu direbus hempuk
1 biji bawang besar dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1 ruas halia dihiris halus
20 biji lada cili
1 tomato
3 keping asam gelugoq
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang)
serbuk kurma
garam secukupnya

Cara-cara memasak
1. panaskan minyak dan tumis kayu manis & bunga lawang, bahan yang dihiris , tomato dan cili..
2. bila dah naik bau masukkan daging yang telah direbus. goreng hingga sedikit garing.
3. campak asam gelugoq, serbuk kurma setengah sudu dan garam.. ok siap!!

RESEPI KENTANG & SOOHON BENING

Bahan-bahan :
5 biji kentang potong ikut suka kecik-kecik
soohoon pon ikut nak banyak mana aku letak lebih direndam
sebungkus fishball
1/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris dan juga ikan bilis..
2. dah kuning keemasan masukkan air
3. tunggu air mendidihkan masukkan kentang sehingga hempuk.
4. masukkan fishball dan garam secukupnye
5. last masukkan soo hon then tutup api.. wooww senangnya!!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS HIRIS

Bahan-bahan :
Ikan bilis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
30 biji lada cili dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
2 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak goreng kan bilis sehingga garing.
2. kemudian masukkan bahan yang dihiris dan tomato.
3. goreng hingga betul-betul layu dan sedikit garing kemudian masukkan sos tiram dan sedikit garam.
4. semudah A, B, C

Maka inilah juadah-juadah yang telah dihidangkan oleh chef terkemukakaki cik shuhada untuk keluarga terchinta. ape semua resepi aku hiris2 ni?? hahahha.. saja simpan dalam blog ni.. mana tau terlupe nanti..kohkohkoh.. selamat berpuasa !!! balik ni nak masak ape???


Thursday 10 July 2014

LISTING ENTRY

Hola mere blog..lame dah aku tak menaip ni..kenapa kah?? busy keje ke?? susah la kat opis ni nak menaip...keyboard ni punya bunyi kantoi la aku tengah mengarang cerita..hohoho.. tak boleh jadi kena beli galaxy note ni.. ceahhh alasan kan ko nk tunggu hp baru...masih dalam perkiraan lagi sbb aku kena pilih nk pergi bercuti ke nk main henpon.. ha pilih shuhada jangan tak pilih... aku menaip ni sebab tengah susah hati my bff tak bagitau lagi dia dah bersalin blom.. masuk labour room pukul 6.45pg.. call henfon dia off.. hukhukhuk.. yank semoga mummy & baby baik2 je.. wish to be there..

Alhamdulillah dah 12 hari berpuasa.. tahun ni aku rasa paling penat sebab cik bedah takde pekerja.. rutin aku balik keje.. masak.. malam sibuk buat popiah sampai pukul 12.. kul 1 baru boleh lelap..pagi pukul 5 dah bangun...adoiii sakitnye badan...kaki pinggang semua sakit dah rasa macam tua sngat je.. tpi takpelah tolong mak sendiri kan dapat pahala dapat gaji lagi..

Ni aku nak buat listing sendiri entry tertunggak.. aku kena juga jugak coret kat sini sebagai kenangan nanti sebab aku ni kan pelupa yang amat... terserlah kan.. last entry aku pasal budget pergi melaka... lepas tu aku pegi tawau..minggu depan nya pergi melaka.. see kan busy.

1. entry first yang aku kena buat pasal percutian ke Tawau, Sabah 30 April (on my birthday) hingga 5 Mei .. 6 hari beb lepak kat sana.. sakan gile aku habiskan duit.. 1-3 Mei tu aku kat Pulau Mabul.... bestnye.. tak puas rasa nak pegi lagi..

2. next week nye aku pegi melaka pulak.. 10-12 Mei ... with #4singledaughter .. many thanks to my dear bff sebab bagi voucher.. sesat barat aku drive kat sana.. nasib ade waze azie.. coconut shake ohhh!!!

3. after that percutian bersama family ke kelantan.. 7 - 12 Jun ... aku amik EL 2 hari mc 2 hari lain2 tempat.. tragik gile la percutian kali.. and im driving for whole days.. huhhh

4. Transformer 4 - Age of Extinction  ... eh betul ke eja ni..ala belasah je.. with #4singledaughter 27 Jun ... at Aeon Tebrau City ... nganga mulut tengok...

5. Last but not least entry ramadan la.. aku dah tulis ape aku masak setiap hari.. kali ni memang aku pegang tender memasak.. cik bedah sian penat giler goreng kueh.. kali ni aku nak tulis resepi setiap masakan.. tapi macam biasa mesti takde gambar..

see banyakkan aku nak kena menaip.. adoiii.. en mohamad noh .. nak galaxy note 3 ... bertuah punya anak!!!

ok bai nak balik...

Friday 18 April 2014

BUDGET TRIP TO MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Untuk sekelian kali nya aku akan ke melaka.. macam tak sah gitu setahun tak jejak melaka.. kalau dulu en abah asal ade duit sikit je.. hangkut atok gi makan ikan bakar kat serkam pantai tu.. petang gerak.. malam balik semula rumah or tido umah atok.. mana tak anak sume comel2..

Kali ni nak pergi dengan member2 opis dan sepatutnya BFF sekali.. tapi memandang beliau preggy and kena ikut husband balik kl maka tidak menjadi planning tersebut... beb aku nak jumpe kau..nak tido dengan kau.. nak peluk kau.. ehh boleh peluk lagi ke??? lame dah kan tak jumpe!!! isk ade kang esok aku gi cherating ni!!! miss u damn much n crazyyyy... melencong citer pulak..

So jalan ceritanya :

Sabtu - Minyak RM 50.00 .. balik keje pukul 1 terus gerak lalu highway senai-desaru = RM 11.00 .. aku rase kena amik heavy breakfast or brunch = RM 8.00... so sng skip lunch.. sbb ptg tu nak makan steambot kat API-API steambot melaka  = RM 30.00 .. tol ayer keroh = RM 30.00 check-in budget hotel or homestay = RM150 (or less) ... malam nak naik river cruise = RM10.00 .. jalan-jalan jonker walk = RM 50.00

Ahad - Breakfast - RM 10.00 ... naik menara taming sari = RM 10.00 .. lunch = RM10.00 ... shopping = RM 50.00 je..xley lebih.. tu pon beli belacan cencaluk.. kerepek ke.. hohoho.. pusing Afamosa beli keychain kot = RM10.00 ... smbung jalan.. malam dinner = RM15.00 mesti lapo.. hohoho

Isnin - Breakfast - RM18.00 .. Minyak RM50.00 ... A Famosa Waterpark = RM 35.00 ... dinner = RM10 ..balik tol RM 30.00 exit senai.. pastu RM11.00 exit desaru..

Total share = 50 + 11 + 30 + 150 +50 + 30 + 11 = RM 332.00

Total Entrace = 10 + 10 + 35 = RM 55.00 per pax

Total Meals = 8 + 30 + 10 + 10 + 14 + 18 + 10 = RM 100 per pax

Total Shopping  = 50 + 50 = RM100.00 per pax

Total Duit tepi = RM50.00 per pax

Total besar per pax = 83 + 55 + 100 + 100 + 50 = RM 388.00 per pax

Oh man ini giler!! aku budget RM200 je ni...mcm mana??? apa yang harus kita cut dia!!! kalau duit share dgn makan memang lepas ar.. ni masuk duit entrance!!! nangis.. akak akaun tolong cut mana2 please...

CHANGE TO MORE POSITIVE

Assalamualaikum.... salam sejahtera.. salam 1 Malaysia !!!!

Setelah lama aku menyepi selepas meluahkan apa yang terpendam di hati.. bila baca balik eeeiii aku ke yang tulis tu...hahhahah apesal jiwang banget ... takkanla aku pandai tulis ayat mcm tu.. pelik.. maybe aku tak sedar kot masa tu.. yelah tengah sedih sangat konon..kuikuikuikui.. tapi now aku ok dah kot.. normally kadang2 manusia akan ada rase down sangat kan.. mase tu ape yang dicakap sume syahdu2 belaka.. dah forget all abut that shuhada.. semua ni ujian kan.. tapi kan bila pikir2 balik apa yang orang buat kat aku tu semua jadikan aku lebih matang nk handle problem.. dia buat aku berubah more ke arah yang lebih baik..

Aku memang dari kecik membesar dengan jayanya... hahahha.. cik bedah cerita memang dari kecik aku suka makan ayam.. hari-hari en abah mesti abiskan 2 ringgit untuk anak perempuan kesayangan dia ni.. hanya untuk membeli 2 ketul peha ayam... kalah upin ipin makan ayam...huuhuhu.. tapi dulu aku aktif.. ade je benda nak main..memang berpeluh-peluh.. kalau siang aku memang jarang tido.. kalau aku tido cik bedah kata boleh buat ubat demam...hhahahaa.. cer tengok gambar ni


ni kat rumah atok belah cik bedah.. mase ni aku rasa umur aku baru 3-4 tahun.. tengok mata tu takley bukak kan... huhuhuhu.. rambut aku memang tak penah cik bedah bagi panjang... takut jadi sarang tebuan.. hohohoho


Ini aku rasa dah 5 tahun.. sebab jarak aku dengan meje cume 2 tahun 6 bulan .. meje ni dulu kuruih giler.. cik bedah kata aku ni pandai sikit.. kalau hisap susu yang kanan aku punye.. yang kiri adik punye.. sebab tu kakak membesar dengan jaya.. tengok perut tu!! haih laaa..




Ni pulak dah sekolah kot sama ada darjah 3 atau 4.. tiap-tiap tahun cik bedah akan cakap kat aku kalau periksa hujung tahun aku dapat no 1-3 dia akan bawak jalan.. tapi yang penting aku mase tu memang top 10 la.. so hujung tahun mesti kena gi jalan.. ni aku rase kat sunway lagoon kot.. takkan afamosa.. ala tak ingat pulak ...



nampak tak tumbesarannye... stattik kan bertambah tiap tahun...hahhahaa.  yang ni 11-12 tahun.. atas tu kat sunway.. bawah kat melaka.. cik bedah memang suke berjalan-jalan... sebab tu minat dia jatuh kat ank dia yang sorang ni... muka je ikut en abah.. hati jiwa minat memang ikut cik bedah habis.. sampai sekarang aku la yang jadi tukang pujuk parent kalau nak gi holiday.. tahun lepas sampai 2 kali pegi melaka.. tahun 2012 abis aku hayak pegi cameron..pulau pangkor.. ..tahun ni..hehehehhe..jeng jeng jeng..sama ada langkawi or kelantan.. abisla cik bedah kena goda... en abah senang aku pokpekpotpet sikit..jek jek sikit..masak sambal sedap2 mesti dia ikut punya.. bak kata en abah dulu mase dia bebel kan aku...kau ni la racun kau ni la penawar.. ehh yeke?? perasan ko ni shuhada..




tingkatan 1 aku dapat masuk SMKA .. ala mase tu dapat 4A 1B je.. oklah jugak.. dari berat 60kg masa 12 tahun.. aku meningkat jadi 98kg mase 15 tahun.. pix yang atas form 2 rasenye.. gmbar dengan adik angkat.. yang nama dia pon aku dah lupe.. yang bawah tu form 3 mase jamuan akhir tahun..




gambar ni form 5 rasenye...berat aku dah mencecah 120-130 kg..duk umah kan kejenye tido..bangun makan... pastu tido lagi... bangga sangat ko kan membesar dengan berjaya.. ni konon-konon konvokesyen la... baju konvo ni rsenye aku sorang je yang lain color sebab xmuat...hukhukhuk


 pix ni aku pergi kem biro tata negara mase umur 18thn.. aku nak masuk politek cik bedah tak bagi suh masuk form 6.. maka terkandas la aku disitu...takpelah kita mencari redha ibu... kat kem ni menangis aku kena lalu dalam terowong yang sempit..mase ni aku dah start takut tempat sempit..tempat tinggi.. tempat dalam.. banyak aktiviti aku tak payah buat.. sedih jugak.. tpi ada a few aktiviti aku cabar diri sendiri untuk buat.. and i did it successfully.. dari situ aku belajar maksud dimana ada kemahuan di situ ada jalan...




ni last aku kat sekolah..heheheh.. upper six.. blazer tu orang lain beli tak sampai 50 hengget..aku punye kena tempah dekat 100 hengget...tu guna kain yang nipis je..hukhukhukhuk... mase ni berat dh 140 rasenye..

memang dari kecik aku dah selalu kena hina..yelah budak gemuk kan.. aku selalu jeles tgk orang ade pakwe makwe..tapi aku sorang pon taknak sebab aku ni budak gemuk.. tapi ade aku peduli.. kau nak ejek ke kau nak hina ke... aku tetap happy dengan keadaan aku.. cume kadang-kadang rasa nak malu sangat nak jumpa2 orang.. rase down sngat sampai rase nak potong lemak-lemak yang ada.. pastu aku makan banyak2 hilang dah rase tu...hhahahha.. aku ni sebenarnya pemalu.. aku tak suke bertanya sangat dengan cikgu kalau dalam kelas.. aku suka bercakap dengan diri sendiri.. bagi aku tu buat aku rasa lebih positive.. ade sekali tu seorang akk senior cakap dengan aku.. dengan kita berkongsi rasa.. semua masalah akan mudah diselesaikan.. so aku cerita la sikit2 kat dia.. but then dia buat aku jadi malu nk jumpe or cakap lagi dengan dia..aku rasa masalah aku tak selesai pon.. makin bertambah down ade... so aku make decision hanya perkara tertentu yang aku perlukan pandangan orang lain je aku akan tanya.. banyak perkara aku cakap dengan diri sendiri lebih baik.. lebih happy...

ade banyak kejadian yang buat aku rase hina ke jadi budak gemuk ni?? smpaikan nak mintak keje pon susah nak dapat..orang lain lepas SPM keje kat kedai henfon la.. keje kilang la.. kedai kedai cd.. tapi aku nak keje kedai emas orang taknak..lagi kan keje kedai henfon...cyber cafe pon taknak ambik aku keje.. last2 aku malas pikir.. keje dengan cik bedah je lah.. pepagi bangun..by then 10 am dah bley tido balik..kang tghhari tgk tv masak..pastu tiap2 mngu beronjeng gi sopink...yelah walaupun shopping barang kuihkan...janji shopping..

sampai masa sume member-member aku dah ade pakwe... eh aku nak jugak.. tapi takde sape nak aku...kalau dulu aku rajin gak chating..then ajak jumpe.. tak sempat cakap or jumpe lagi diorang dah lari.. ade sekali tu budak yang aku nak blind date ni cakap dah nak kuar lift..so aku pun tunggu depan lift tu..sekali dia nampak je aku siap cakap Ehh cepat2 tutup pintu ni anak gajah nak masuk... aku tercangang bangang depan lift sambil menjeling tajam kat budak tu...ehh tak nak cakap jelah takyah hina2.. mase ni la aku rase nak potong lemak-lemak tu.. down sangat... tapi biasela aku kejap je down nye.. dapat makan hilang...

so kesimpulannya dari cerita tak seberapa di atas adalah... aku dah biase di hina.. di umpat.. di keji.. tapi aku malas nak pikir.. bersangka baik dengan ketentuan Allah.. ada hikmah dengan semua kejadian ni.. aku jadi lebih matang.. aku jadi lebih pandai nak handle masalah sendiri... aku jadi lebih rapat dengan family sendiri.. yang paling manisnya aku dikelilingi kawan-kawan, sahabat-sahabat yang selalu positif.. yang selalu buat aku tak rase rendah diri... terasa diri dihargai... (sbb tu aku selalu jadi ketua geng) sebab aku pengawal diorang.. sapa jalan dengan aku kompom takde orang kacau punya.. hehehhehe... and for you my bff my sister .. i love you so much.. semoga hubungan kita berkekalan ke akhir hayat... ko jangan lupe aku ok!!!

dia orang yang selalu buat aku menangis ketawa and always think positive... jangan pandang anak gajah ni tak tau nak buat keje.. aku dah buktikan kat diri aku sendiri.. dulu aku pemalu..gelabah depan orang ramai... sampaikan nak ambik hadiah tetiap tahun pon malu.. rase mcm nak terjatuh naik tangga tu.. dalam pada malu2 masuk jugak la koir.. tiup2 recorder tu.. tpi sebab aku tinggi so duduk belakang..orang nampak..

mase form 1-3 masuk nasyid... tpi antara form-form la.. pon same mst kat belakang.. ade sekali aku jd tukang nyanyi bab korus..mase berlatih ok je..skali mse betul ..hancus xnk kuar.. padahal orang xnampak.. tpi senior2 sume dah tahu aku yang nyanyi so diorang sorak arr lelebih..mestila suara malu aku kuar..kuikukuiku.. form 2 aku masuk buat n baca sajak sendiri..tapi mata memang tak pandang orang tengok atas je.. ehh menang ok no 2... hahhaha..peluh sekaki setangan.. belum lari aku cabut lalu tepi longkang.. dahla pagar tu ngam2 je badan aku.. see nakal kan anak gajah ni!! hohohohho

form 4 kot masuk koir hari kebangsaan aku nyanyi lagu negaraku untuk pembukaan.. tapi part yang kena ulang tu aku lupe nak ulang..hohohho nebes ok!! form 5 setiap kali present aku memang gelabah.. aku rela jadi tukang taip dari jadi tukang cakap.. iooottt dalam kelas sendiri boleh jadi blur n bengong tetiba..

form 6 aku dah ok sikit kot...aku banyak berubah mase aku duduk kat rumah.. jadi lebih penyabar.. tak memberontak sangat.. mase kat BTN tu hah.. aku masuk terowong sempit.. lalu titi kecik.. masuk dalam air.. ape lagi ekk.. ala lupe.. tapi aku buatla walau sangat takut.. buat presentation dah ok sikit la..mase kat Limkokwing yes.. memang dah banyak sikit hilang pemalu aku tu.. dah jadi tak malu pulak..kahkahakah

bila aku dapat masuk keje dalam perhotelan ni yang buat aku berubah.. dah tak malu cakap dengan sesiapa je.. aku masuk pertandingan karaoke la.. guest hotel ajak karaoke sekali pon aku dah ok.. lagilah dalam tu sorang je aku kenal..lain sume tak kenal.. aku boleh naik bukit sekangkang kera..yang mulanya aku rase tak boleh but aku boleh kan yank!!! sebab ko ada la tu.. hehehhe..

jangan hina orang sesuka hati.. tak semesttinya kita nampak orang tu besar je tak boleh lincah.. lambat buat keje.. macam takde hati perasaan.. banyak benda aku cabar diri aku untuk buat..hilangkan rasa malu..rendah diri.. and aku berjaya.. yang aku tak berjaya buat adalah kuruskan badan ni...hahahah.. masih tak boleh lawan nafus ni lagi.. kalau diet pon seminggu dua je..pastu nampak nasi macam tak jumpe 2 tahun... beb doakan aku diberi kesihatan yang baik eh... amin



Anak gajah budak nakal & BFF


Tuesday 4 March 2014

HARI INI DAN SEMALAM

Semalam aku ketawa
Semalam aku tersengih-sengih
Semalam aku terawang-awangan

Hari ini aku menangis
Hari ini tiada senyum ku ukir
Hari ini aku dalam realiti

Kenapa realiti selalu sakit
Kenapa fantasi itu indah

Terhina
Kecewa
Sakit hati
Macam biasa saja bunyi tu dalam gegendang telinga

Wahai Hati
Kau sakit ke??
Kau terluka ke??
Kau hancur ke??

Salah siapa semua ini??
Diri sendiri??
Kawan sekeliling??
Teman seperjuangan??
Orang tersayang??
Atau orang asing??

Kadang diri sendiri salah buat perhitungan
Kadang kawan sekeliling tak mengambil tahu
Kadang teman seperjuangan terlupa kita

Tapi!!

Kadang orang asing sangat baik
Kadang orang asing mengambil berat
Kadang orang asing memberi sedikit kegembiraan

Kadang orang asing menyakitkan
Menghina
Menghukum
Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang
Hanya kerana aku orang asing bagi dia
Umpama tiada perasaan
Tiada angan-angan
Tiada impian

Akan ada ke kebahagiaan untuk aku
Akan tiba ke saat itu

Atau ini karma
Hadapi dengan senyuman
Kerana ini jalan yang kau pilih dulu
Memang manusia selalu melakukan kesilapan

Patutlah kenapa ramai perompak
Patutlah kenapa ramai penagih
Mengulangi kesilapan semula

Mereka tak diberi peluang
Merasai kasih sayang

Susah rupanya nak dapat kasih sayang itu
Manusia sesama sendiri membenci
Entah apa yang dicemburu
Mudah sungguh mengeji menghina

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENGAMPUN