Sila Klik Disini

Monday 21 July 2014

#RESIPI RAMADAN : DAY 3 [DAGING MASAK KARI, TOM YAM, KUBIS GORENG]

Ok the next daynya dah bekerja.. Ya Rabbi mengantuk yang teramat sangat la pagi tu.. biasa masuk kerja pukul 8.30 tapi bulan puasa ni tukar 8.00 am to 4.00 pm.. aiyooyoo.. kebetulan hari tu pezal & topik masuk lambat..wahhh nikmat aku lelap setengah jam..pehhh.. ok sambung resipi..

RESIPI DAGING MASAK KARI

Bahan-bahan :
1 kilo daging yang telah direbus empuk
Dikisar :
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inchi halia
20 tangkai cili kering

2 keping asam gelugoq
5 sudu serbuk kari adabi  !! melazatkan adabi menyelerakan..
1 biji kelapa (santan)
Garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air, kemudian masukkan kedalam kuali.
3. Masukkan asam gelugor dan daging. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan santan & garam secukupnya.

RESIPI TOM YAM

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji bawang besar dihiris
6 biji bawang putih ditumbuk
2 inchi halia ditumbuk
2 batang serai diketuk
30 biji cili kampung dikisar
2 biji tomato
1 batang saderi
5 sudu air limau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Kiub TomYam maggie (pes tomyam yang thailand tu dh abis so guna kiub je)

Cara-cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan serai.
2. Setelah naik bau masukkan bawang putih dan halia.
3. Tumis hingga garing dan masukkan air.
4. Masukkan cili kampung dan ayam setelah air mendidih.
5. Setelah nampak ayam macam dah masak masukkan tomato, saderi dan air limau.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

*bagi aku tom yam ni kena ada rasa masin masam, manis dan pedas yang seimbang...baru kaw !!!
  bagi yang suka masukkan sayur seperti carrot & kobis bunga silakan.. aku tak suke sebab sayur akan hilangkan rasa kaw tom yam tu.. tu bagi aku la... lain orang lain rasa kan !!!

RESIPI KOBIS GORENG

Aiyoo resipi macam pon ko boleh lupe ke nanti shuhada.. takpelah mana tau nanti anak-anak aku ke..anak-anak sedara ke nak belajo masak kan !!!

Bahan-bahan :
1 biji kobis yang telah dipotong
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
Segenggam Ikan bilis
1 sudu sos tiram
Garam Secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga sedikit garing
2. Masukkan kobis yang telah dipotong.
3. Perasakan dengan sos tiram dan garam.. sap sap soi!!!


#RESIPI RAMADAN : DAY 2 [SAMBAL IKAN KEMBUNG, UDANG MASAK BELACHAN, SAWI MASAK LEMAK]

Salam Ramadan !!! hari ni aku akan cuba untuk abiskan resepi sampai 5 ramadan.. tapi tengok jugak la kalau pc ni tak buat hal.. 2 ramadan ni aku tak keje sebab ahad forward cuti ke isnin.. wahhh bestnye bangun lambat lagi... hhhohooho.. so lets masak !!

RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:
Ikan kembung (en abah beli 7 ekor kot)
1 biji bawang besar dihiris
Bahan yang dikisar:
2 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
20 biji cili merah (ikut nak pedas mana)
20 biji cili kampung (i memamg gila pedas)
2 biji tomato
Belacan secoet
Serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan terlebih dahulu.
3. Gunakan kuali yang sama masukkan belacan secoet. Goreng hingga agak garing kemudian masukkan
    bahan yang dikisarkan tadi.
4. Pastikan bahan yang dikisar betul-betul garing dan kluar minyak. masukkan bawang besar yang dihiris
    tadi..Then masukkan garam dan gula sesedap perasaan anda.. baru masukkan ikan yang telah
    digoreng tadi.
5. Pehhh meleleh air liur.. siap !!!

RESIPI UDANG MASAK BELACAN

Bahan-bahan :
Udang yang dibuang kulit
Tepung gandum/ tepung jagung
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inchi halia dihiris
20 biji cili kampung dihiris
Belacan
Sos Tiram
Garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan tepung jagung. goreng hingga luaran garing.
2. kuali lain panaskan minyak goreng belacan hingga garing.. then masukkan bahan-bahan yang dihiris.
3. Setengah bahan tadi garing, masukkan udang yang telah digoreng.
4. Masuk sesudu sos tiram dan garam secukup rasa.

RESIPI MASAK LEMAK SAWI PUTIH

Bahan-bahan :
Sawi putih asingkan batang dan daun
1 biji bawang besar ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
segenggam ikan bilis ditumbuk
1 biji kelapa (santan)
Garam sesedap hati

Cara memasak :
1. Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk kemudian hidupkan api.
2. Setelah mendidih masukkan batang terlebih dahulu sehingga lembut kemudian masukkan daun sawi.
3. Tabur garam secukup rasa..
4. Simple gile nak masak !!!!

Ok settle day 2.. next !!!!

Friday 11 July 2014

#RESEPI RAMADAN : HARI PERTAMA [DAGING MASAK HALIA, SAMBAL IKAN BILIS, KENTANG BENING]

Aku rasa kena start dengan resepi ni dulu kot sebab pc iolss rosak.. ni duduk kat tempat my officer.. gambar belum transfer.. dan semua resipi ni takde picture.. tapi semalam aku ade ambik gambar..ok pasni kena rajin ok pegang henfon tu..

 so hari pertama puasa jatuh hari ahad and opis aku cuti sambung isnin.. whoooww bestnye cuti 2 hari.. ok kita mula dengan sahur.. pagi tu aku masak paling simple campak-campak sotong dalam tin je..5 minit dan siap.. almaklum bangun pon dah pukul 5 pagi kan!! checkitdot

RESIPI SOTONG DALAM TIN

Bahan-bahan :
1 tin sotong jenama rex
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Cili hidup (ikut suka byk mn)
1 biji tomato
garam secukupnya
black pepper

Cara memasak :
1. semua bahan-bahan dihiris. panaskan minyak dan tumis.
2. racik-racikkan sotong (sebab besar kan) asingkan kuah. sebab aku goreng dulu sotong tu garing sikit
    leas tu baru masukkan kuah.
3. tabur garam sikit je sebab dah masin kuah tu.. masuk blackpepper sikit . dah siap !!! khenn 5 minit je..

Tengahari tu aku dengan en abah sambil buat popia sambil tengok pelik tapi sedap kat tv1 tu.. nyummm en abah request nak daging masak dalam tu..adooiii siap nak beli periuk ikan tu ok!! ok aku belasah je la masak daging cara cik shuhada..hohohoo..patutnye daging piazza tapi jadi daging halia..hoooiiiooii

RESIPI DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahan :
Daging  lembu direbus hempuk
1 biji bawang besar dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1 ruas halia dihiris halus
20 biji lada cili
1 tomato
3 keping asam gelugoq
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang)
serbuk kurma
garam secukupnya

Cara-cara memasak
1. panaskan minyak dan tumis kayu manis & bunga lawang, bahan yang dihiris , tomato dan cili..
2. bila dah naik bau masukkan daging yang telah direbus. goreng hingga sedikit garing.
3. campak asam gelugoq, serbuk kurma setengah sudu dan garam.. ok siap!!

RESEPI KENTANG & SOOHON BENING

Bahan-bahan :
5 biji kentang potong ikut suka kecik-kecik
soohoon pon ikut nak banyak mana aku letak lebih direndam
sebungkus fishball
1/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris dan juga ikan bilis..
2. dah kuning keemasan masukkan air
3. tunggu air mendidihkan masukkan kentang sehingga hempuk.
4. masukkan fishball dan garam secukupnye
5. last masukkan soo hon then tutup api.. wooww senangnya!!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS HIRIS

Bahan-bahan :
Ikan bilis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
30 biji lada cili dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
2 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak goreng kan bilis sehingga garing.
2. kemudian masukkan bahan yang dihiris dan tomato.
3. goreng hingga betul-betul layu dan sedikit garing kemudian masukkan sos tiram dan sedikit garam.
4. semudah A, B, C

Maka inilah juadah-juadah yang telah dihidangkan oleh chef terkemukakaki cik shuhada untuk keluarga terchinta. ape semua resepi aku hiris2 ni?? hahahha.. saja simpan dalam blog ni.. mana tau terlupe nanti..kohkohkoh.. selamat berpuasa !!! balik ni nak masak ape???


Thursday 10 July 2014

LISTING ENTRY

Hola mere blog..lame dah aku tak menaip ni..kenapa kah?? busy keje ke?? susah la kat opis ni nak menaip...keyboard ni punya bunyi kantoi la aku tengah mengarang cerita..hohoho.. tak boleh jadi kena beli galaxy note ni.. ceahhh alasan kan ko nk tunggu hp baru...masih dalam perkiraan lagi sbb aku kena pilih nk pergi bercuti ke nk main henpon.. ha pilih shuhada jangan tak pilih... aku menaip ni sebab tengah susah hati my bff tak bagitau lagi dia dah bersalin blom.. masuk labour room pukul 6.45pg.. call henfon dia off.. hukhukhuk.. yank semoga mummy & baby baik2 je.. wish to be there..

Alhamdulillah dah 12 hari berpuasa.. tahun ni aku rasa paling penat sebab cik bedah takde pekerja.. rutin aku balik keje.. masak.. malam sibuk buat popiah sampai pukul 12.. kul 1 baru boleh lelap..pagi pukul 5 dah bangun...adoiii sakitnye badan...kaki pinggang semua sakit dah rasa macam tua sngat je.. tpi takpelah tolong mak sendiri kan dapat pahala dapat gaji lagi..

Ni aku nak buat listing sendiri entry tertunggak.. aku kena juga jugak coret kat sini sebagai kenangan nanti sebab aku ni kan pelupa yang amat... terserlah kan.. last entry aku pasal budget pergi melaka... lepas tu aku pegi tawau..minggu depan nya pergi melaka.. see kan busy.

1. entry first yang aku kena buat pasal percutian ke Tawau, Sabah 30 April (on my birthday) hingga 5 Mei .. 6 hari beb lepak kat sana.. sakan gile aku habiskan duit.. 1-3 Mei tu aku kat Pulau Mabul.... bestnye.. tak puas rasa nak pegi lagi..

2. next week nye aku pegi melaka pulak.. 10-12 Mei ... with #4singledaughter .. many thanks to my dear bff sebab bagi voucher.. sesat barat aku drive kat sana.. nasib ade waze azie.. coconut shake ohhh!!!

3. after that percutian bersama family ke kelantan.. 7 - 12 Jun ... aku amik EL 2 hari mc 2 hari lain2 tempat.. tragik gile la percutian kali.. and im driving for whole days.. huhhh

4. Transformer 4 - Age of Extinction  ... eh betul ke eja ni..ala belasah je.. with #4singledaughter 27 Jun ... at Aeon Tebrau City ... nganga mulut tengok...

5. Last but not least entry ramadan la.. aku dah tulis ape aku masak setiap hari.. kali ni memang aku pegang tender memasak.. cik bedah sian penat giler goreng kueh.. kali ni aku nak tulis resepi setiap masakan.. tapi macam biasa mesti takde gambar..

see banyakkan aku nak kena menaip.. adoiii.. en mohamad noh .. nak galaxy note 3 ... bertuah punya anak!!!

ok bai nak balik...