Sila Klik Disini

Monday 21 July 2014

#RESIPI RAMADAN : DAY 2 [SAMBAL IKAN KEMBUNG, UDANG MASAK BELACHAN, SAWI MASAK LEMAK]

Salam Ramadan !!! hari ni aku akan cuba untuk abiskan resepi sampai 5 ramadan.. tapi tengok jugak la kalau pc ni tak buat hal.. 2 ramadan ni aku tak keje sebab ahad forward cuti ke isnin.. wahhh bestnye bangun lambat lagi... hhhohooho.. so lets masak !!

RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:
Ikan kembung (en abah beli 7 ekor kot)
1 biji bawang besar dihiris
Bahan yang dikisar:
2 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
20 biji cili merah (ikut nak pedas mana)
20 biji cili kampung (i memamg gila pedas)
2 biji tomato
Belacan secoet
Serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Bersihkan ikan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan terlebih dahulu.
3. Gunakan kuali yang sama masukkan belacan secoet. Goreng hingga agak garing kemudian masukkan
    bahan yang dikisarkan tadi.
4. Pastikan bahan yang dikisar betul-betul garing dan kluar minyak. masukkan bawang besar yang dihiris
    tadi..Then masukkan garam dan gula sesedap perasaan anda.. baru masukkan ikan yang telah
    digoreng tadi.
5. Pehhh meleleh air liur.. siap !!!

RESIPI UDANG MASAK BELACAN

Bahan-bahan :
Udang yang dibuang kulit
Tepung gandum/ tepung jagung
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inchi halia dihiris
20 biji cili kampung dihiris
Belacan
Sos Tiram
Garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan tepung jagung. goreng hingga luaran garing.
2. kuali lain panaskan minyak goreng belacan hingga garing.. then masukkan bahan-bahan yang dihiris.
3. Setengah bahan tadi garing, masukkan udang yang telah digoreng.
4. Masuk sesudu sos tiram dan garam secukup rasa.

RESIPI MASAK LEMAK SAWI PUTIH

Bahan-bahan :
Sawi putih asingkan batang dan daun
1 biji bawang besar ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
segenggam ikan bilis ditumbuk
1 biji kelapa (santan)
Garam sesedap hati

Cara memasak :
1. Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk kemudian hidupkan api.
2. Setelah mendidih masukkan batang terlebih dahulu sehingga lembut kemudian masukkan daun sawi.
3. Tabur garam secukup rasa..
4. Simple gile nak masak !!!!

Ok settle day 2.. next !!!!

No comments:

Post a Comment