Sila Klik Disini

Friday, 11 July 2014

#RESEPI RAMADAN : HARI PERTAMA [DAGING MASAK HALIA, SAMBAL IKAN BILIS, KENTANG BENING]

Aku rasa kena start dengan resepi ni dulu kot sebab pc iolss rosak.. ni duduk kat tempat my officer.. gambar belum transfer.. dan semua resipi ni takde picture.. tapi semalam aku ade ambik gambar..ok pasni kena rajin ok pegang henfon tu..

 so hari pertama puasa jatuh hari ahad and opis aku cuti sambung isnin.. whoooww bestnye cuti 2 hari.. ok kita mula dengan sahur.. pagi tu aku masak paling simple campak-campak sotong dalam tin je..5 minit dan siap.. almaklum bangun pon dah pukul 5 pagi kan!! checkitdot

RESIPI SOTONG DALAM TIN

Bahan-bahan :
1 tin sotong jenama rex
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Cili hidup (ikut suka byk mn)
1 biji tomato
garam secukupnya
black pepper

Cara memasak :
1. semua bahan-bahan dihiris. panaskan minyak dan tumis.
2. racik-racikkan sotong (sebab besar kan) asingkan kuah. sebab aku goreng dulu sotong tu garing sikit
    leas tu baru masukkan kuah.
3. tabur garam sikit je sebab dah masin kuah tu.. masuk blackpepper sikit . dah siap !!! khenn 5 minit je..

Tengahari tu aku dengan en abah sambil buat popia sambil tengok pelik tapi sedap kat tv1 tu.. nyummm en abah request nak daging masak dalam tu..adooiii siap nak beli periuk ikan tu ok!! ok aku belasah je la masak daging cara cik shuhada..hohohoo..patutnye daging piazza tapi jadi daging halia..hoooiiiooii

RESIPI DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahan :
Daging  lembu direbus hempuk
1 biji bawang besar dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1 ruas halia dihiris halus
20 biji lada cili
1 tomato
3 keping asam gelugoq
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang)
serbuk kurma
garam secukupnya

Cara-cara memasak
1. panaskan minyak dan tumis kayu manis & bunga lawang, bahan yang dihiris , tomato dan cili..
2. bila dah naik bau masukkan daging yang telah direbus. goreng hingga sedikit garing.
3. campak asam gelugoq, serbuk kurma setengah sudu dan garam.. ok siap!!

RESEPI KENTANG & SOOHON BENING

Bahan-bahan :
5 biji kentang potong ikut suka kecik-kecik
soohoon pon ikut nak banyak mana aku letak lebih direndam
sebungkus fishball
1/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris dan juga ikan bilis..
2. dah kuning keemasan masukkan air
3. tunggu air mendidihkan masukkan kentang sehingga hempuk.
4. masukkan fishball dan garam secukupnye
5. last masukkan soo hon then tutup api.. wooww senangnya!!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS HIRIS

Bahan-bahan :
Ikan bilis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
30 biji lada cili dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
2 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. panaskan minyak goreng kan bilis sehingga garing.
2. kemudian masukkan bahan yang dihiris dan tomato.
3. goreng hingga betul-betul layu dan sedikit garing kemudian masukkan sos tiram dan sedikit garam.
4. semudah A, B, C

Maka inilah juadah-juadah yang telah dihidangkan oleh chef terkemukakaki cik shuhada untuk keluarga terchinta. ape semua resepi aku hiris2 ni?? hahahha.. saja simpan dalam blog ni.. mana tau terlupe nanti..kohkohkoh.. selamat berpuasa !!! balik ni nak masak ape???