Sila Klik Disini

Monday 21 July 2014

#RESIPI RAMADAN : DAY 3 [DAGING MASAK KARI, TOM YAM, KUBIS GORENG]

Ok the next daynya dah bekerja.. Ya Rabbi mengantuk yang teramat sangat la pagi tu.. biasa masuk kerja pukul 8.30 tapi bulan puasa ni tukar 8.00 am to 4.00 pm.. aiyooyoo.. kebetulan hari tu pezal & topik masuk lambat..wahhh nikmat aku lelap setengah jam..pehhh.. ok sambung resipi..

RESIPI DAGING MASAK KARI

Bahan-bahan :
1 kilo daging yang telah direbus empuk
Dikisar :
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inchi halia
20 tangkai cili kering

2 keping asam gelugoq
5 sudu serbuk kari adabi  !! melazatkan adabi menyelerakan..
1 biji kelapa (santan)
Garam secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air, kemudian masukkan kedalam kuali.
3. Masukkan asam gelugor dan daging. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan santan & garam secukupnya.

RESIPI TOM YAM

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji bawang besar dihiris
6 biji bawang putih ditumbuk
2 inchi halia ditumbuk
2 batang serai diketuk
30 biji cili kampung dikisar
2 biji tomato
1 batang saderi
5 sudu air limau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Kiub TomYam maggie (pes tomyam yang thailand tu dh abis so guna kiub je)

Cara-cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan serai.
2. Setelah naik bau masukkan bawang putih dan halia.
3. Tumis hingga garing dan masukkan air.
4. Masukkan cili kampung dan ayam setelah air mendidih.
5. Setelah nampak ayam macam dah masak masukkan tomato, saderi dan air limau.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

*bagi aku tom yam ni kena ada rasa masin masam, manis dan pedas yang seimbang...baru kaw !!!
  bagi yang suka masukkan sayur seperti carrot & kobis bunga silakan.. aku tak suke sebab sayur akan hilangkan rasa kaw tom yam tu.. tu bagi aku la... lain orang lain rasa kan !!!

RESIPI KOBIS GORENG

Aiyoo resipi macam pon ko boleh lupe ke nanti shuhada.. takpelah mana tau nanti anak-anak aku ke..anak-anak sedara ke nak belajo masak kan !!!

Bahan-bahan :
1 biji kobis yang telah dipotong
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
Segenggam Ikan bilis
1 sudu sos tiram
Garam Secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga sedikit garing
2. Masukkan kobis yang telah dipotong.
3. Perasakan dengan sos tiram dan garam.. sap sap soi!!!


No comments:

Post a Comment