Sila Klik Disini

Tuesday 4 March 2014

HARI INI DAN SEMALAM

Semalam aku ketawa
Semalam aku tersengih-sengih
Semalam aku terawang-awangan

Hari ini aku menangis
Hari ini tiada senyum ku ukir
Hari ini aku dalam realiti

Kenapa realiti selalu sakit
Kenapa fantasi itu indah

Terhina
Kecewa
Sakit hati
Macam biasa saja bunyi tu dalam gegendang telinga

Wahai Hati
Kau sakit ke??
Kau terluka ke??
Kau hancur ke??

Salah siapa semua ini??
Diri sendiri??
Kawan sekeliling??
Teman seperjuangan??
Orang tersayang??
Atau orang asing??

Kadang diri sendiri salah buat perhitungan
Kadang kawan sekeliling tak mengambil tahu
Kadang teman seperjuangan terlupa kita

Tapi!!

Kadang orang asing sangat baik
Kadang orang asing mengambil berat
Kadang orang asing memberi sedikit kegembiraan

Kadang orang asing menyakitkan
Menghina
Menghukum
Membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang
Hanya kerana aku orang asing bagi dia
Umpama tiada perasaan
Tiada angan-angan
Tiada impian

Akan ada ke kebahagiaan untuk aku
Akan tiba ke saat itu

Atau ini karma
Hadapi dengan senyuman
Kerana ini jalan yang kau pilih dulu
Memang manusia selalu melakukan kesilapan

Patutlah kenapa ramai perompak
Patutlah kenapa ramai penagih
Mengulangi kesilapan semula

Mereka tak diberi peluang
Merasai kasih sayang

Susah rupanya nak dapat kasih sayang itu
Manusia sesama sendiri membenci
Entah apa yang dicemburu
Mudah sungguh mengeji menghina

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENGAMPUN


No comments:

Post a Comment