Sila Klik Disini

Wednesday 29 May 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Aku dah buat keputusan...ceh macam ape je..padahal aku cume terpikir bahawasanya setiap hari rabu aku tulis lirik lagu mana-mana yang aku suka... tapi macam biasa la mesti lagu everygreen punya.. eh suka ati aku la kan..diari aku.. ingat lagi mase aku form 3 aku ade 1 buku log yang panjang kulit keras berwarna biru. dalam buku tu aku tulis lirik lagu dan diari sikit. setiap lagu yang aku tulis mesti ada kena mengena dengan seseorang. masa tu tengah trend budak2 tulis lirik lagu pastu masa prep nyanyi ramai2.  see macam mana aku nak score PMR.. satu kelas kenkadang dok nyanyi sama sampai sume budak lelaki cehh macam ramai padahal 6 orang je kot.. dia blah lepak kat tempat lain sebab tak tahan bernanah telinga dengar suara perempuan2 yang merdu... ni budak smkA ok!!memang fail la.. mana tak HEM pon dah tak larat nak sound.. ohh berbalik cerita pasal buku log lirik lagu tadi..macam biasala kenkadang aku ni pelupa...aku boleh tinggal buku lirik berdiari tu kat bawah meja... boleh pulak ade yang gatal tangan gi baca.. abis satu sekolah tahu aku suke kat sorang eh 2 orang kot...mmmm xpon 3 orang abg senior.. kantoi abis.. plak tu orang yang aku minat tu siap baca lagi ape yang aku tulis... menangis tak berlagu ok... siap kena ejek2 lagi lagi..serik aku takmo dah ade diari2 ni.. memang sengal sapa yang amik buku aku tu..

Disebabkan ni minggu pertama aku nak start balik tulis lirik ni bagi chan la kat aku membebel ckit...hhahahah ok dah kita layan barang satu dua lagu ehh..

HAKIKAT SEBUAH CINTA - IKLIM

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan ohh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta dipersada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintaku terasa melanda
Bangkit rinduku padamu diketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu ku cuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya

Tiada harta dan cinta..

PELITAKU - ZUR EDA

Bersama angin ku kirim rindu
Namun kau tetap membisu
Mengapa begitu apa salahku
Seolah diriku permainanmu

Namun ku menanti dengan hati yang terbuka
Walaupun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Apakan daya ku insan biasa
Takdir menentukan semua
Perpisahan itu pedih ku rasakan
Seolah kehilangan tanpa pegangan

Namun ku menanti dengan hati yang terbuka
Walaupun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Ok 2 lagu jela..

No comments:

Post a Comment