Sila Klik Disini

Monday 1 April 2013

Jom heboh heboh


tengah-tengah aku dok setting gmbar jom heboh ni tetibe blackout da..isk potong je aku nk menaip kan!! So hari ahad semalam aku pergi lah jugak ke jom heboh di Plaza Angsana JB with my mum and siti. padahal aku mana la tau jalan nak ke sana. abang dengan akak tak jadi pergi sebab baby aisy demam muntah-muntah. aku ape lagi redah je la sambil on GPS kat henfon ni. sekali kau GPS suh turn left then turn right aku pi terus je. hahahhaha. memang degil kan!! tapi ala pusing mana pon tetap jumpe gak cume jammed gile. semut jalan pon laju. stuck!! pusing punya pusing last dapat parking kat corner jalan. ala lupa nak snap gambar. memang sesedap rase je sume orang parking. tapi jauh ttu tak lah jauh sangat naik turun bukit je. pitam. sampai masuk angsana dulu cari toilet. toilet pon penuh. aku ajak ma pergi naik tingkat 3. ha kau lengang. sume malas nak naik tingkat atas padahal ade tangga escolator ok!! then turun terus pergi kat tapak jom heboh yang panas TERIK. peehhh boleh memitamkan la. tapi tengok mamee. mr potato. jacker.oligo. ribena. macam hilang pitam ni. zaassss dengan laju nya menghabiskan 100 ringgit dalam masa setengah jam pastu terdduduk nak bawak. baru teringat hal kereta yang berada di atas bukit itu. menangis dalam hujan. ma cakap muka aku pucat lesi masa sampai kat kereta. dia doa-doa janganlah aku pengsan. sapa nak tolong angkat aku nanti. kren nak lalu pon tak boleh sebab jammed. sempat  lagi kan!! walaupun tak nampak artis kali ni or mungkin diorang pon tak sanggup nak keluar sebab memang terik tapi seronok jugak. lepas keluar dari jammed pergi drive thru KFC. dinner plate and zinger cheese. aku hanya boleh masuk cheezy wedges sebab dah tonggak nestle bliss perisa guava sebotol sekali gulp. then ma ajak pergi pandan hwa tai nak cari barang kuih dia. sambung lagi aku mengepow my mum. sangat nikmat. heaven. hilang sume penat pitam. thank mummy. love you!! eh sampai kota sambung aktiviti pow kat songmart pulak. memang kalau adik aku baca ni mau sentap seminggu. kahkahkah. sape suruh kau tak nak ikut. sebelum menjejak kaki di rumah abah call ajak makan kat laksamana. aku makan nasi goreng kampung, tomyam, daging merah. adik dah awal-awal order sutun goreng tepung. burpppp kenyang balik boleh tidur lena. ehhh zinger cheese tak sempat makan lagi ni. hehehehe. baju dah banyak yang ketat. oklah nak pergi print penyerahan workstation ni. bos besar n kecik ade je ni. selamba badak.

No comments:

Post a Comment